Thursday, July 28, 2011

[Utusan] Membantu rakyat Palestin di bulan Ramadan mulia


Sebahagian dari sukarelawan Aqsa Syarif Malaysia bersama dengan Dr Hafidzi yang akan berlepas ke Gaza bagi menjayakan Konvoi Misi A2G2 Ramadan 2011.


AHLAN wa sahlan ya Ramadan! Marhaban ya Ramadan, Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqqobalahu Ya Karim, Marhaban Ya Ramadan Allaahumma baariklanaa fi Sya‘ban wa ballighnaa Ramadhan… Amin.”

Demikianlah doa yang dibaca oleh umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadan, bulan penuh berkah, yang insya-Allah akan mula disambut lusa.

Marilah kita memulakan satu perlumbaan untuk merebut ganjaran yang Allah limpahkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Antaranya, umat Islam tidak sahaja wajib menunaikan puasa, malah bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

[Utusan] Misi Penuh Risiko


Hasil sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM600,000 telah membolehkan sebuah kilang roti didirikan dan beroperasi di Jabalia, Palestin.


Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 seramai 12 orang sukarelawan yang diketuai oleh Profesor Madya Mohd. Zin Kandar sebagai salah satu misi penting di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Mereka akan menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk bantuan kemanusiaan dan projek-projek kritikal di Gaza, Palestin.
Kerjasama dengan beberapa buah organisasi tempatan di sana, The Welfare Association for Palestin & Lebanese Families (WAFRAH) dan Takaful for Child Welfare (Takaful) mereka mengenalpasti lebih daripada 2,700 anak-anak yatim dan keluarga miskin yang tinggal di Palestin sebagai kumpulan sasar yang bakal menerima bantuan sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Wednesday, June 15, 2011

STANDPOINT Berikut adalah Penjelasan Aqsa Syarif terhadap ‘Penyelesaian 2 negara’ (Two-State Solution) yang lestari.

STANDPOINT Aqsa Syarif: Syarat Penyelesaian 2 negara yang lestari


Bagi pengamat isu Palestin, seringkali penyelesaian dua Negara diketengahkan sebagai jalan keluar kepada konflik di antara Palestin dan negara haram Israel. Apakah asas kepada penyelesaian 2 negara ini?

Tuesday, June 7, 2011

KENYATAAN AQSA SYARIF – 8 Jun 2011


AQSA SYARIF MENGUTUK PENCEROBOHAN KE ATAS MASJID AL AQSA
DAN SEBUAH MASJID DI AL-MUGHAYER DI RAMALLAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Aqsa Syarif mengutuk dengan sekeras-kerasnya dua insiden yang membabitkan kelompok yahudi zionis di baitul Maqdis dan di Tebing Barat.

Di baitul Maqdis, polis Israel telah membenarkan tidak kurang dari 60 penceroboh memasuki pagar Maghriba dan menceroboh perkarangan Masjid al-Aqsa. Tindakan biadap ini dilindungi sepenuhnya oleh polis Israel yang mengancam umat Islam yang berada di sekitar masjid supaya tidak melaungkan bantahan kepada penceroboh-penceroboh tersebut. Bahkan mereka telah menahan seorang rakyat Palestin yang sedang beribadat di masjid al-Aqsa. Perbuatan biadap ini dilakukan bersempena dengan hari keagamaan Yahudi Shavoat. Perbuatan ini dilakukan tepat pada ulangtahun Masjid al-Aqsa ditawan oleh penceroboh Israel pada tahun 1967 di hari yang sama. Sudah pastinya tindakan ini dirancang supaya bertepatan dengan kemenangan mereka merampas masjid al-Aqsa dalam perang enam hari 44 tahun yangh lalu. Tidak syak lagi insiden ini dirancang sebagai satu provokasi kepada rakyat Palestin dan umat Islam amnya yang memperingati tragedi Naksah di mana ketika itulah masjid al-Aqsa ditawan sehingga hari ini.

Wednesday, May 11, 2011

PERUTUSAN SEMPENA 'KONVOI PEMBEBASAN PALESTIN'

Assalamualaikum,

PERUTUSAN SEMPENA 'KONVOI PEMBEBASAN PALESTIN'

Dengan Nama ALLAH Maha Pemurah Maha Pengasihani

Assalamualaikum Wrt Bth.
Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan. Mereka diusir keluar dari tanah air mereka setelah ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan ratusan kampung dan pekan dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Zionis. Adalah amat mendukacitakan apabila tragedi kemanusiaan yang dahsyat ini berlaku pada tahun yang sama di mana Deklarasi Hak Asasi Manusia disepakati dan menjadi sebahagian dari Piagam PBB. Sebaik sahaja Deklarasi ini diluluskan, bangsa Palestin menjadi mangsa pelanggaran hak asasi yang pertama! Deklarasi hanya tinggal di atas kertas dan setelah 63 tahun pencabulan ke atas hak asasi rakyat Palestin masih berterusan.

Aqsa Syarif yang sentiasa merasakan penderitaan rakyat Palestin bahkan setiap saat sentiasa mencari jalan untuk membantu menghentikan penindasan, kezaliman dan pencabulan ke atas hak dan maruah rakyat Palestin tidak akan berdiam diri. Sebaliknya di atas rasa persaudaraan dan rasa kemanusiaan yang dikongsi dengan seluruh warga dunia akan sama menangisi tragedi Nakbah yang merupakan titik hitam dalam sejarah manusia sejagat. Untuk membuktikan rasa kebersamaan dalam memikul luka berpanjangan yang ditanggung oleh rakyat Palestin maka Aqsa Syarif menganjurkan aktiviti 'KONVOI MEMBEBASKAN PALESTIN'. Aktiviti ini membuktikan komitmen Aqsa Syarif bersama warga Malaysia untuk terus menerajui kempen pembebasan bumi Palestin seperti yang digariskan dalam agenda Nasional perjuangan rakyat Palestin iaitu penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negara dan hak rakyat Palestin yang berlindung di kem-kem pelarian di timur tengah bahkan yang berada di seluruh dunia untuk pulang ke tanah air mereka. KONVOI ini secara simboliknya melambangkan aspirasi rakyat Palestin yang tidak pernah berputus asa untuk kembali ke tanah air mereka.