Monday, August 8, 2011

Cadangan Teks Khutbah Sempena Hari al-Quds


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
 
Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Al-Isra’ 1

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hari ini khatib mengajak para jamaah untuk mengenang satu tragedi dari sekian banyak tragedi yang menimpa tanah suci Baitul Maqdis. Tragedi yang dimaksudkan adalah kemuncak kepada kehinaan yang ditimpakan ke atas Masjid al-Aqsa sejak ianya ditawan oleh Israel pada 7 Jun 1967. Dua tahun selepas Masjid al-Aqsa yang mulia ditawan, ia dibakar pada 21 Ogos 1969 oleh Yahudi Zionis. Masjid mengalami kerosakan yang besar dan mimbar Salahuddin al-Ayubbi yang berusia 1000 tahun musnah sama sekali.

Monday, August 1, 2011

PERUTUSAN KHAS AQSA SYARIF SEMPENA RAMADHAN 1432H

Assalamualaikum wrt bth.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menunjukkan jalan kebenaran dan cahaya Islam.

Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada seluruh Islam kerana kita sedang bertamu di bulan Ramadhan yang agung. Bulan yang menjanjikan pelbagai ganjaran dan keistimewaan. Bulan di mana berlaku pelbagai peristiwa besar. Bulan yang menyatukan umat Islam ini tanpa mengira batas sempadan geografi, budaya dan bahasa. Bahkan Ramadhan menyatukan umat Islam untuk bersama melaksanakan syariat Allah iaitu menunaikan ibadah puasa dan berlumba-lumba untuk mencapai darjat taqwa yang disediakan bagi orang-orang yang ikhlas dan mengharapkan keampunan Allah semata-mata.

Sebagaimana Ramadhan menyatukan umat Islam, maka begitu jugalah Tanah Suci Baitul Maqdis adalah simbol penyatuan umat Islam diseantero dunia.

Thursday, July 28, 2011

[Utusan] Membantu rakyat Palestin di bulan Ramadan mulia


Sebahagian dari sukarelawan Aqsa Syarif Malaysia bersama dengan Dr Hafidzi yang akan berlepas ke Gaza bagi menjayakan Konvoi Misi A2G2 Ramadan 2011.


AHLAN wa sahlan ya Ramadan! Marhaban ya Ramadan, Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqqobalahu Ya Karim, Marhaban Ya Ramadan Allaahumma baariklanaa fi Sya‘ban wa ballighnaa Ramadhan… Amin.”

Demikianlah doa yang dibaca oleh umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadan, bulan penuh berkah, yang insya-Allah akan mula disambut lusa.

Marilah kita memulakan satu perlumbaan untuk merebut ganjaran yang Allah limpahkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Antaranya, umat Islam tidak sahaja wajib menunaikan puasa, malah bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

[Utusan] Misi Penuh Risiko


Hasil sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM600,000 telah membolehkan sebuah kilang roti didirikan dan beroperasi di Jabalia, Palestin.


Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 seramai 12 orang sukarelawan yang diketuai oleh Profesor Madya Mohd. Zin Kandar sebagai salah satu misi penting di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Mereka akan menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk bantuan kemanusiaan dan projek-projek kritikal di Gaza, Palestin.
Kerjasama dengan beberapa buah organisasi tempatan di sana, The Welfare Association for Palestin & Lebanese Families (WAFRAH) dan Takaful for Child Welfare (Takaful) mereka mengenalpasti lebih daripada 2,700 anak-anak yatim dan keluarga miskin yang tinggal di Palestin sebagai kumpulan sasar yang bakal menerima bantuan sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Wednesday, June 15, 2011

STANDPOINT Berikut adalah Penjelasan Aqsa Syarif terhadap ‘Penyelesaian 2 negara’ (Two-State Solution) yang lestari.

STANDPOINT Aqsa Syarif: Syarat Penyelesaian 2 negara yang lestari


Bagi pengamat isu Palestin, seringkali penyelesaian dua Negara diketengahkan sebagai jalan keluar kepada konflik di antara Palestin dan negara haram Israel. Apakah asas kepada penyelesaian 2 negara ini?

Tuesday, June 7, 2011

KENYATAAN AQSA SYARIF – 8 Jun 2011


AQSA SYARIF MENGUTUK PENCEROBOHAN KE ATAS MASJID AL AQSA
DAN SEBUAH MASJID DI AL-MUGHAYER DI RAMALLAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Aqsa Syarif mengutuk dengan sekeras-kerasnya dua insiden yang membabitkan kelompok yahudi zionis di baitul Maqdis dan di Tebing Barat.

Di baitul Maqdis, polis Israel telah membenarkan tidak kurang dari 60 penceroboh memasuki pagar Maghriba dan menceroboh perkarangan Masjid al-Aqsa. Tindakan biadap ini dilindungi sepenuhnya oleh polis Israel yang mengancam umat Islam yang berada di sekitar masjid supaya tidak melaungkan bantahan kepada penceroboh-penceroboh tersebut. Bahkan mereka telah menahan seorang rakyat Palestin yang sedang beribadat di masjid al-Aqsa. Perbuatan biadap ini dilakukan bersempena dengan hari keagamaan Yahudi Shavoat. Perbuatan ini dilakukan tepat pada ulangtahun Masjid al-Aqsa ditawan oleh penceroboh Israel pada tahun 1967 di hari yang sama. Sudah pastinya tindakan ini dirancang supaya bertepatan dengan kemenangan mereka merampas masjid al-Aqsa dalam perang enam hari 44 tahun yangh lalu. Tidak syak lagi insiden ini dirancang sebagai satu provokasi kepada rakyat Palestin dan umat Islam amnya yang memperingati tragedi Naksah di mana ketika itulah masjid al-Aqsa ditawan sehingga hari ini.

Wednesday, May 11, 2011

PERUTUSAN SEMPENA 'KONVOI PEMBEBASAN PALESTIN'

Assalamualaikum,

PERUTUSAN SEMPENA 'KONVOI PEMBEBASAN PALESTIN'

Dengan Nama ALLAH Maha Pemurah Maha Pengasihani

Assalamualaikum Wrt Bth.
Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan. Mereka diusir keluar dari tanah air mereka setelah ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan ratusan kampung dan pekan dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Zionis. Adalah amat mendukacitakan apabila tragedi kemanusiaan yang dahsyat ini berlaku pada tahun yang sama di mana Deklarasi Hak Asasi Manusia disepakati dan menjadi sebahagian dari Piagam PBB. Sebaik sahaja Deklarasi ini diluluskan, bangsa Palestin menjadi mangsa pelanggaran hak asasi yang pertama! Deklarasi hanya tinggal di atas kertas dan setelah 63 tahun pencabulan ke atas hak asasi rakyat Palestin masih berterusan.

Aqsa Syarif yang sentiasa merasakan penderitaan rakyat Palestin bahkan setiap saat sentiasa mencari jalan untuk membantu menghentikan penindasan, kezaliman dan pencabulan ke atas hak dan maruah rakyat Palestin tidak akan berdiam diri. Sebaliknya di atas rasa persaudaraan dan rasa kemanusiaan yang dikongsi dengan seluruh warga dunia akan sama menangisi tragedi Nakbah yang merupakan titik hitam dalam sejarah manusia sejagat. Untuk membuktikan rasa kebersamaan dalam memikul luka berpanjangan yang ditanggung oleh rakyat Palestin maka Aqsa Syarif menganjurkan aktiviti 'KONVOI MEMBEBASKAN PALESTIN'. Aktiviti ini membuktikan komitmen Aqsa Syarif bersama warga Malaysia untuk terus menerajui kempen pembebasan bumi Palestin seperti yang digariskan dalam agenda Nasional perjuangan rakyat Palestin iaitu penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negara dan hak rakyat Palestin yang berlindung di kem-kem pelarian di timur tengah bahkan yang berada di seluruh dunia untuk pulang ke tanah air mereka. KONVOI ini secara simboliknya melambangkan aspirasi rakyat Palestin yang tidak pernah berputus asa untuk kembali ke tanah air mereka.

Al-Aqsa Tetap Di Hati

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Kebiasaannya seorang muslim melakukan i'tikaf di Bulan Ramadhan kerana ingin bersungguh-sungguh sebelum Bulan Allah itu berpisah dengan dirinya. Namun apa yang berlaku di Palestin, ada sekelompok muslim yang secara bergilir-gilir beri’tikaf di dalam Masjidil Aqsha semata-mata untuk menjadi benteng bahkan kalau perlu sebagai syuhada’ sebelum mereka benar-benar berpisah dengan Masjid Suci ini.
Masjid Suci hanya berada di tanah suci. Jika Masjidil Haram berada di tanah Makkah dan Masjid Nabawi berada di tanah Madinah, maka bagaimana mungkin Masjidil Aqsha mahu dipisahkan dari tanah Al Quds.
Tetapi, lihatlah keadaan sekarang ini dan bagaimanakah Umat Islam memperlakukan masjid ketiga umat Islam ini yang juga menjadi kiblat pertama umat Islam.

Tuesday, May 10, 2011

Peristiwa Nakhbah


Man see school nakba


Nakhbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakhbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. 

Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Kunjungan Hormat IKRAM dan Aqsa Syarif ke Kedutaan Mesir

aqsa-mesir01
KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Aqsa Syarif telah membuat kunjungan hormat ke Kedutaan Republik Mesir pada pagi Isnin 9 Mei lalu . Pertubuhan IKRAM diwakili oleh Ustaz Wan Subki Wan Salleh, Naib Presidendit emani Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa (JKPA), manakala Aqsa Syarif diwakili Saudara Muhamad Munawer, Pengurus Besar.
 Mereka disambut oleh Tamer G El-Mawaziny, Timbalan Ketua Misi di bilik tamu pejabat kedutaan Mesir. Tujuan kunjungan ini dibuat adalah untuk menyampaikan penghargaan dan tahniah atas tindakan pihak berkuasa kerajaan Mesir yang telah membuka pintu Rafah, satu-satunya pintu masuk ke Gaza yang selama ini dikawal ketat, bahkan menyukarkan penduduk Gaza untuk berhubung dengan dunia luar melalui darat.
aqsa-mesir02
Pada akhir kunjungan, Aqsa Syarif dan IKRAM telah menyampaikan nota penghargaan dan cenderahati kepada pihak Kedutaan Republik Mesir.

Kenyataan Aqsa Syarif terhadap perpaduan Hamas-Fatah

aqsa
Aqsa Syarif applauds the move by HAMAS and FATAH to set aside their differences and signed  the reconciliation accord that will pave the way towards a unity government for the whole of the occupied Palestine. The accord signed in Cairo and facilitated by the interim government of Egypt will set the stage for ending the discord that has split the Palestinian National Authority into the HAMAS government in Gaza and the rival Fatah government in the West Bank.
Both leading Palestinian resistance factions have agreed to a common goal as announced by Khaled Mishal who lead the HAMAS negotiating delegate i.e. a state of Palestine with complete sovereignty based on the 1967 borders and Jerusalem as the capital, complete withdrawal of Israeli forces from the occupied West Bank and East Jerusalem which implies the dismantling of Jewish settlements and the rights of return of Palestinians to their homeland. The reconciliation of the previously rival factions also hasten the process of opening of the Rafah crossing by the Egyptian interim government, thereby breaking the siege laid by Israel on Gaza since 2007.

Aqsa Syarif also commends President Mahmoud Abbas for agreeing to resolve fundamental differences with HAMAS thereby risking US sanctions and fiscal aids. The reconciliation with HAMAS also means that FATAH will invariably ends the on-going peace negotiations with Israel.  Israel  view the development as a tremendous blow to peace.

Aqsa Syarif expresses our unwavering support for the reconciliation effort and has complete trust on both parties to work towards a unity government based on the National constant and aspirations of the Palestinian people. Aqsa Syarif calls upon the world community to view this development as the long-awaited solution for a lasting peace not only for the oppressed Palestinians but also for the aggressor Israelis to accept the same. Aqsa Syarif has never doubted a united Palestine will hasten the peace process with freedom for Palestine from the Zionist yolk as the ultimate goal.


Congratulations to HAMAS and FATAH for putting the national agenda above their respective political sentiments. Congratulations to the Palestinian people for bringing together antagonistic tendencies and turn them into the best hope the Palestinians could ever have in many years of their struggle. Congratulations to the government and the people of Egypt for creating an atmosphere that is viable for both parties to embrace each other in the true spirit of the Palestinian aspirations.


Chairman
Aqsa Syarif

Sunday, April 17, 2011

Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helicopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu isya, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semuga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Thursday, April 14, 2011

Ke Arah Pembebasan Al-Aqsa

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Palestin masih merupakan pusat konflik global sejak Allah swt memberikan kemenangan ke atas pembukaan Al-Quds untuk Umat Islam dan diterima kuncinya oleh Umar bin Al-Khattab ra.

Sejak saat itu, musuh-musuh umat Islam terus menimbulkan berbagai konflik dari masa ke semasa yang bertujuan untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah yang diberkati Allah di sekitarnya.

Tentera Salib berusaha mengambil alih dan merebut kembali tanah yang telah dibebaskan oleh Islam, seperti dalam Perang Salib yang berlangsung selama 2 abad lamanya.

Walaupun dalam beberapa waktu mereka mampu menguasai namun setelah itu mereka pergi seperti yang berlaku kepada golongan yang lain dari orang-orang yang zalim, hingga akhirnya datang kelompok Zionis yang telah ditanam oleh Barat untuk menjadi penjajah di jantung umat Islam iaitu bumi Palestin.

Mereka terus bekerja untuk mengosongkannya dari penduduknya dan merampas serta menyita seluruh hak milik umat Islam dan Kristian di samping melakukan ancaman kepada tempat-tempat suci mereka.

Israel tidak dapat bertahan untuk hidup kecuali dengan menjalin dengan sesama manusia.

Thursday, February 24, 2011

[TV3] Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza

Saksikan temubual TV3 dengan Pengerusi Aqsa Syarif, Ust Hasanuddin Mohd Yunus tentang Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza, Palestin. Akaun untuk menyalurkan sumbangan juga disertakan.





Projek ternakan lembu ini pada asal telah terbengkalai, ditinggalkan oleh sebuh NGO Palestin. Aqsa Syarif telah menyelamatkan projek ini melalui sumbangan rakyat Malaysia. Tahniah Rakyat Malaysia dan teruskan sumbangan anda melalui Aqsa Syarif.

Wednesday, February 23, 2011

[MH] Konvoi Pembebasan Palestin jelajah Kuala Lumpur


konvoi wp

KUALA LUMPUR – Hampir 50 peserta yang terdiri daripada keluarga dan pemuda sekitar Kuala Lumpur menyertai konvoi berkereta anjuran Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan pada Sabtu lepas.
Konvoi yang bertemakan “Konvoi Pembebasan Palestin dan Penerusan Perjuangan Rasullulah dan Para Sahabat” ini dilancarkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda.
konvoi wp

Konvoi ini kemudiannya bergerak ke empat buah masjid lagi di sekitar Kuala Lumpur. Masjid-masjid tersebut adalah Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa dan Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, masing-masing pada waktu Zuhur dan Asar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah edaran flyers kepada masyarakat di sekitar masjid. Selepas itu, para peserta bergerak menuju ke Masjid Al-Mukhlisin, Taman Alam Damai untuk menunaikan solat Maghrib sebelum bergerak ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya untuk majlis penutup.

Dr Hafidzi, Tun Mahathir berforum isu Palestin

forum utp

TRONOH – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor pada Khamis lalu duduk sepentas bersama bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu rakaman Forum Perdana Ehwal Islam versi Bahasa Inggeris di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini. Forum bertajuk “Palestine – A Global Issue” itu dianjurkan oleh UTP dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dr Hafidzi yang juga Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) banyak menyentuh berkenaan mulianya Palestin dalam Islam dan betapa semua orang sangat perlu menyokong dan mendukung isu Palestin ini baik mereka Muslim ataupun tidak.

“Isu ini tidaklah seharusnya eksklusif kepada orang Islam sahaja tetapi ia lebih daripada itu. Kita tidak memperjuangkan tanah Palestin itu untuk diduduki oleh orang Islam sahaja tetapi kita perjuangkan semua hak yang sepatutnya diberikan kepada rakyat di sana termasuklah orang-orang Kristian yang dinafikan haknya oleh Israel,” kata beliau kepada kira-kira 700 hadirin.

[Utusan] Palestin boleh dibebaskan


Mahathir Mohamad (kanan) menyampaikan forum sambil diperhatikan Dr. Hafidzi Mohd. Noor (kiri) dan Mohd. Erfino Johari pada Forum Perdana Ehwal Islam di Universiti Teknologi Petronas di Parit, semalam.



PARIT 18 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hanya demonstrasi secara besar-besaran dan berterusan di seluruh dunia dapat memaksa Amerika Syarikat (AS) menghentikan sokongan padunya kepada Israel sekali gus membuka ruang kepada usaha membebaskan bumi Palestin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, demonstrasi dalam kumpulan kecil seperti dilakukan di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur tidak akan dapat memberi tekanan kepada negara 'Uncle Sam' itu.

''Bukan mudah untuk menyelesaikan konflik di Palestin kerana ia bukan hanya melibatkan Zionis, Yahudi dan Israel tetapi kerana ada kuasa lebih besar mempertahankan Israel walaupun Israel melakukan jenayah.

[MH] Demonstrasi bebaskan Palestin di seluruh dunia - Mahathir

forum utp

TRONOH – Bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Mahathir Mohamad mengimpikan harapan untuk melihat seluruh warga dunia menganjurkan demonstrasi demi membebaskan Palestin. Beliau berkata demikian kepada lebih 700 penonton yang hadir dalam siaran rakaman Forum Perdana Ehwal Islam versi Bahasa Inggeris dekat sini. Forum bertajuk “Palestine – A Global Issue” itu dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Kita bukan sahaja berdepan dengan Israel atau Zionis, malah terpaksa menghadapi kuasa terbesar dunia ketika ini iaitu Amerika Syarikat. Demi rakyat Palestin, kita kena kumpulkan rakyat di seluruh dunia dan berdemonstrasi terus-menerus sehingga Amerika yang menjadi sekutu kuat Israel tersungkur jatuh. Tetapi malangnya harapan itu agak mustahil untuk berlaku,” ulas Mahathir yang dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam forum tersebut.

Tuesday, January 4, 2011

[Utusan] Nikmat Membantu Gaza




MENYAKSIKAN kezaliman zionis ke atas Palestin amat menghibakan. Sayangnya, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Semuanya gara-gara perpecahan sesama Islam terutamanya di negara-negara Asia Barat.
Alhamdulillah, usaha berterusan disusuli munajat kepada Allah membolehkan rombongan perjalanan darat kumpulan ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif yang dikenali sebagai Aqsa2Gaza (A2G) bersama konvoi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berjaya memecahkan benteng sekatan Yahudi ke atas Gaza, pada 21 Oktober lalu.

Pastinya, kejayaan itu amat bermakna bukan sahaja kepada anggota konvoi tetapi juga kepada umat Islam di Gaza yang hidup mereka semakin terhimpit akibat pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas mereka.

Konvoi tersebut adalah usaha penting, khususnya jika dilihat dari perspektif peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan hak penduduk Palestin.

Perjuangan rakyat Palestin yang sudah lebih 62 tahun sering dilihat dan dinilai sebagai satu isu yang seolah-olah tiada penyelesaian.

Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif Menjelang 2011: “Terima Kasih Israel”

Assalamualaikum,

Bersama kita memuji Allah S.W.T dengan menyebut alhamdulillah. Bersama kita berselawat untuk Nabi S.A.W dengan menyebut sallahu ala Muhammad sallahu alaihi wassalam. Bersama kita mendoa untuk para sahabat baginda dan ahli keluarga baginda dan doa yang beterusan untuk pengikut-pengikut baginda hingga hari qiamat.

Berlalunya 2010 dan munculnya 2011, menandakan kita semakin hampir dengan hari dibangkitkan dan hari pembalasan. Sudahkah kita bermuhasabah apa yang kita kerjakan sepanjang tahun lepas? Dan sudahkah kita merancang apa yang akan dikerjakan sepanjang tahun hadapan pula? Tanpa rahmat Allah, amal kita yang sedikit ini tidak bermakna di hadapanNya.

Belum sampai setahun usia pendaftaran Aqsa Syarif. 4 Febuari 2011 baru genap setahun. Namun saya bagi pihak BoT Aqsa Syarif mengucapkan tahniah dan terima kasih JZKK kepada seluruh sekretariat negeri dan daaerah, seluruh sukarelawan, pendokong dan penyokong amal Palestin seluruh negara mahupun di luar.


Tahun 2010 menyaksikan anjakan besar Aqsa Syarif mengambil tempat sewajarnya dalam perjuangan Palestin. Walau dilaporkan beberapa kejayaannya, namun kami BoT Aqsa Syarif sentiasa merasa bersalah di hadapan Allah S.W.T kerana masih banyak kerja yang ditagih belum tercapai.