Thursday, February 24, 2011

[TV3] Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza

Saksikan temubual TV3 dengan Pengerusi Aqsa Syarif, Ust Hasanuddin Mohd Yunus tentang Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza, Palestin. Akaun untuk menyalurkan sumbangan juga disertakan.





Projek ternakan lembu ini pada asal telah terbengkalai, ditinggalkan oleh sebuh NGO Palestin. Aqsa Syarif telah menyelamatkan projek ini melalui sumbangan rakyat Malaysia. Tahniah Rakyat Malaysia dan teruskan sumbangan anda melalui Aqsa Syarif.

Wednesday, February 23, 2011

[MH] Konvoi Pembebasan Palestin jelajah Kuala Lumpur


konvoi wp

KUALA LUMPUR – Hampir 50 peserta yang terdiri daripada keluarga dan pemuda sekitar Kuala Lumpur menyertai konvoi berkereta anjuran Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan pada Sabtu lepas.
Konvoi yang bertemakan “Konvoi Pembebasan Palestin dan Penerusan Perjuangan Rasullulah dan Para Sahabat” ini dilancarkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda.
konvoi wp

Konvoi ini kemudiannya bergerak ke empat buah masjid lagi di sekitar Kuala Lumpur. Masjid-masjid tersebut adalah Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa dan Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, masing-masing pada waktu Zuhur dan Asar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah edaran flyers kepada masyarakat di sekitar masjid. Selepas itu, para peserta bergerak menuju ke Masjid Al-Mukhlisin, Taman Alam Damai untuk menunaikan solat Maghrib sebelum bergerak ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya untuk majlis penutup.

Dr Hafidzi, Tun Mahathir berforum isu Palestin

forum utp

TRONOH – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor pada Khamis lalu duduk sepentas bersama bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu rakaman Forum Perdana Ehwal Islam versi Bahasa Inggeris di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini. Forum bertajuk “Palestine – A Global Issue” itu dianjurkan oleh UTP dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dr Hafidzi yang juga Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) banyak menyentuh berkenaan mulianya Palestin dalam Islam dan betapa semua orang sangat perlu menyokong dan mendukung isu Palestin ini baik mereka Muslim ataupun tidak.

“Isu ini tidaklah seharusnya eksklusif kepada orang Islam sahaja tetapi ia lebih daripada itu. Kita tidak memperjuangkan tanah Palestin itu untuk diduduki oleh orang Islam sahaja tetapi kita perjuangkan semua hak yang sepatutnya diberikan kepada rakyat di sana termasuklah orang-orang Kristian yang dinafikan haknya oleh Israel,” kata beliau kepada kira-kira 700 hadirin.

[Utusan] Palestin boleh dibebaskan


Mahathir Mohamad (kanan) menyampaikan forum sambil diperhatikan Dr. Hafidzi Mohd. Noor (kiri) dan Mohd. Erfino Johari pada Forum Perdana Ehwal Islam di Universiti Teknologi Petronas di Parit, semalam.



PARIT 18 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hanya demonstrasi secara besar-besaran dan berterusan di seluruh dunia dapat memaksa Amerika Syarikat (AS) menghentikan sokongan padunya kepada Israel sekali gus membuka ruang kepada usaha membebaskan bumi Palestin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, demonstrasi dalam kumpulan kecil seperti dilakukan di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur tidak akan dapat memberi tekanan kepada negara 'Uncle Sam' itu.

''Bukan mudah untuk menyelesaikan konflik di Palestin kerana ia bukan hanya melibatkan Zionis, Yahudi dan Israel tetapi kerana ada kuasa lebih besar mempertahankan Israel walaupun Israel melakukan jenayah.

[MH] Demonstrasi bebaskan Palestin di seluruh dunia - Mahathir

forum utp

TRONOH – Bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Mahathir Mohamad mengimpikan harapan untuk melihat seluruh warga dunia menganjurkan demonstrasi demi membebaskan Palestin. Beliau berkata demikian kepada lebih 700 penonton yang hadir dalam siaran rakaman Forum Perdana Ehwal Islam versi Bahasa Inggeris dekat sini. Forum bertajuk “Palestine – A Global Issue” itu dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Kita bukan sahaja berdepan dengan Israel atau Zionis, malah terpaksa menghadapi kuasa terbesar dunia ketika ini iaitu Amerika Syarikat. Demi rakyat Palestin, kita kena kumpulkan rakyat di seluruh dunia dan berdemonstrasi terus-menerus sehingga Amerika yang menjadi sekutu kuat Israel tersungkur jatuh. Tetapi malangnya harapan itu agak mustahil untuk berlaku,” ulas Mahathir yang dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam forum tersebut.