Wednesday, April 20, 2011
Sunday, April 17, 2011
Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi
Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz RantisiKita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helicopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu isya, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semuga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Thursday, April 14, 2011
Ke Arah Pembebasan Al-Aqsa
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Palestin masih merupakan pusat konflik global sejak Allah swt memberikan kemenangan ke atas pembukaan Al-Quds untuk Umat Islam dan diterima kuncinya oleh Umar bin Al-Khattab ra.
Sejak saat itu, musuh-musuh umat Islam terus menimbulkan berbagai konflik dari masa ke semasa yang bertujuan untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah yang diberkati Allah di sekitarnya.
Tentera Salib berusaha mengambil alih dan merebut kembali tanah yang telah dibebaskan oleh Islam, seperti dalam Perang Salib yang berlangsung selama 2 abad lamanya.
Walaupun dalam beberapa waktu mereka mampu menguasai namun setelah itu mereka pergi seperti yang berlaku kepada golongan yang lain dari orang-orang yang zalim, hingga akhirnya datang kelompok Zionis yang telah ditanam oleh Barat untuk menjadi penjajah di jantung umat Islam iaitu bumi Palestin.
Mereka terus bekerja untuk mengosongkannya dari penduduknya dan merampas serta menyita seluruh hak milik umat Islam dan Kristian di samping melakukan ancaman kepada tempat-tempat suci mereka.
Israel tidak dapat bertahan untuk hidup kecuali dengan menjalin dengan sesama manusia.

Subscribe to:
Comments (Atom)