Thursday, October 28, 2010

Bersama Sdr Yusof Ahmad : Sesi Perkongsian Pengalaman Aqsa2Gaza

JEMPUTAN
SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN 40 HARI  KONVOI AQSA 2 GAZA
BERSAMA AKH MOHD YUSOF AHMAD,
 AHLI KONVOI IKRAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Tarikh: 30 Oktober 2010 (Sabtu)/ 22 Zulkaedah 1431H
Masa: 12:00 TGHRI - 1:30 THGNRI
Tempat : Dewan A, Kuliah Kejuruteraan,
UIAM Gombak
**Ukhuwah Teras Kegemilangan**  
 Siti Aishah Mohd Nor
Pengurus Eksekutif
IKRAM WP

Wednesday, October 27, 2010

[BH] Viva Palestina satukan warga antarabangsa ringan derita rakyat Palestin

Oleh Mohd Zin Kandar

2010/10/28

Lebih 1.5 juta penduduk Gaza dinafi hak hidup seperti manusia oleh Israel

KONVOI Kemanusiaan Global Jalan Darat ke Gaza Viva Palestina ke-5 (VP-5) adalah usaha penting, khususnya jika dilihat dari perspektif peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan hak penduduk Palestin. Perjuangan rakyat Palestin yang sudah lebih 62 tahun sering dilihat dan dinilai sebagai satu isu yang seolah-olah tiada penyelesaian.

Pemimpin silih berganti, persidangan demi persidangan dan perjanjian demi perjanjian ditandatangani, tetapi nasib rakyat Palestin masih tidak terbela, malah keadaan lebih buruk berlaku. Kemenangan Hamas pada pilihan raya yang telus dengan dihadiri pemantau Amerika, termasuk Jimmy Carter (bekas Presiden Amerika) pada 2006 bukan diberi sokongan, malah rakyat Gaza ‘dihadiahkan’ dengan hukuman kejam.
Dengan dukungan Amerika dan negara Eropah, Israel menegakkan sekatan makanan dan barang keperluan kepada penduduk Gaza. Sekatan secara menyeluruh yang menghalang penduduk hidup seperti manusia biasa dengan menjadikan Gaza sebagai ‘penjara terbuka terbesar dunia’.

Tuesday, October 26, 2010

Lawatan ke Sekolah Tajaan Mawaddah & Aqsa Syarif






Hari ke dua di gaza, relawan AQSA berkesempatan melawat sekolah yang diuruskan oleh biro wanita Islamic Society of Betlahia. Menempatkan sekitar 100 kanak-kanak gaza yang berumur dari 4-6 tahun yang diajar oleh 8 orang guru yang berpendidikan tingga, seorang guru yang ditemui mempunyai ijazah di dalam pendidikan awal sekolah dari universiti tempatan.

Bangunan yang sederhana tetapi kemudahan yang agak dhoif. Halaman yang berpasir (tidak berturap atau berkonkrit). Dinding sekolah yang agak lusuh dan kemudahan ABM yang minima.

Mendekati murid-murinya yang berpakaian biasa dan kelihatan lusuh. Pelajar-pelajarnya agak kelihatan comot dengan rambut yang kelihatan tidak bersikat. Merenung muka para pelajarnya kelihatan agak pucat, mata yang kelihatan kurang zat makanan dan ada yang kelihatan bintik-bintik di muka dan bibir. Jelas dibayangkan, mereka adalah dari keluarga miskin yang ditempatkan dan dibantu oleh persatuan Islam yang menguruskan sekolah.

Guru besar yang berpakain kemas dan berfurdah (menutup muka), memberikan penerangan selepas sessi lawatan kami. Beberapa guru (semuanya wanita) yang ditemui kelihatan berpendidikan dan bersemangat di dalam mendidik anak-anak.

Projek ini adalah sebahagiannya di bantu oleh Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Aqsa Syarif. Pertubuhan Mawaddah memberikan fokus kepada bantuan berbentuk pendidikan dan dalam projek ini ianya diurus oleh biro wanita tempatan. 






















sumber : Blog Aqsa2Gaza

[MH] “Kami bersyukur dapat sampaikan RM250,000 dengan tangan sendiri” – Dr Zin

Tuesday, 26 October 2010 17:00 TM Lim 
 
vp5klia1

SEPANG – Ketibaan 14 warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan konvoi jalan darat Viva Palestina Kelima (VP5) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kira-kira jam 4.30 petang semalam disambut meriah oleh lebih 200 orang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Laungan takbir bergema di celah-celah sepanduk yang mempamerkan kata-kata kesyukuran dan tahniah atas kejayaan wira-wira ini ‘menembusi’ tembok yang mengepung Gaza.

Selepas sidang media di sebuah bilik VIP di kawasan Balai Berlepas, tingkat lima KLIA, para sukarelawan bergerak ke pentas khas di tingkat yang sama untuk satu majlis khas. Hadirin yang kebanyakannya mengenakan pakaian bertema Palestin ternyata ceria dengan kepulangan mereka. Ramai juga yang kelihatan memakai baju bertulis ‘Aqsa Syarif’, ‘Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)’ serta ‘Viva Palestina Malaysia’.

Sukarelawan Konvoi Jalan Darat Ke Gaza Dalam MHI (26/10/10, 7.20 am)

Monday, October 25, 2010

Majlis Menyambut Kepulangan Akhi Yusof Ahmad Dari Gaza Palestine

Alhamdulillah, satu majlis menyambut kepulangan salah seorang sukarelawan dalam misi Aqsa2Gaza, Akhi Yusof Ahmad telah diadakan di Gombak pada malam 25 Okt 2010. Akhi Yusof merupakan pengerusi Aqsa Syarif Setiawangsa. Dikongsikan beberapa gambar :

Akhi Yusof berkongsi pengalaman
Berdoa syukur atas kepulangan Akhi Yusof dan moga kemenangan buat bumi Palestin


Antara yang hadir

 
Akhi Yusof bersama PSU IKRAM WP, Akhi Yusuf (kanan) dan AJK Aqsa Syarif Setiawangsa, Akhi Ariffin (kiri)

YDP IKRAM Batu, Akhi Hasan Unir memberi sedikit ucapan

Sedikit jamuan buat yang hadir
 Moga pengalaman beliau di sana dapat melonjakkan lagi perjuangan pembebasan bumi Palestin khusunya di Malaysia.

AQSA SYARIF BANDAR TUN RAZAK

Alhamdulillah, sukarelawan konvoi sudah selamat tiba

Alhamdulillah semua sukaralewan Aqsa Syarif dan Viva Palestina telah selamat sampai di KLIA jam 4.05 ptg. Majlis sambutan ringkas tapi meriah telah diadakan di KLIA. Kesemua sukarelawan berada dlm keadaan selamat dan sehat sejahtera. Dr Musa dan Dr Mohd Zin Kandar akan ke udara dlm Malaysia Hari Ini TV3, 8 pagi, Selasa, 26 Okt 2010.