Tuesday, December 21, 2010

Temubual Utusan dengan Ahli Konvoi A2G

by Aqsa Syarif on Tuesday, December 21, 2010 at 3:31pm

Kuala Lumpur, 20 Disember 2010 – Aqsa Syarif telah dijemput ke pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur untuk sesi temubual bagi ahli-ahli konvoi Aqsa2Gaza (A2G).
Pengarang Agama Utusan, En. Mohd Radzi telah menemubual 3 ahli konvoi A2G yang berkesempatan untuk hadir. Mereka ialah Tuan Haji Norazmi Talib, Tuan Haji Mohd Taufek Abd Rahman dan En. Abdul Wahab Yahya.

Di samping itu, pihak Utusan juga sempat menghubungi Ketua Konvoi A2G, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar melalui telefon bagi melengkapkan sesi temubual.
Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad (ASB) , Prof. Madya Dr. Hafidzi Md. Noor dan Pengurus Besar (ASB), En. Muhamad Munawer Ismail.
Aqsa Syarif mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Utusan kerana memberi peluang berkongsi pengalaman dengan pihak media.

Sesi perbincangan antara rombongan Aqsa Syarif dan Utusan Malaysia.
Dari kiri: Tuan Haji Mohd Taufek Abd Rahman, Prof. Madya Dr. Hafidzi Md. Noor, En. Mohd Radzi, Tuan Haji Norazmi Talib, En. Muhamad Munawer Ismail dan En. Abdul Wahab Yahya.
 

Tuesday, December 14, 2010

PACE menyokong pendirian HAMAS berkaitan isu negara Palestin (sempena ulangtahun penubuhan HAMAS)

Assalamualaikum,

PACE mengucapkan tahniah kepada Harakat-ul-Muqawwamat al Islamiyah (HAMAS) atas ulangtahun kelahirannya pada 14 Disember. HAMAS muncul secara rasmi di persada tanah air Palestin pada tarikh tersebut pada tahun 1987 sempena tercetusnya Intifadhah pertama yang bermula pada 9 Disember tahun tersebut. Intifadah telah mengambalikan perjuangan Palestin di atas landasannya yang sahih iaitu jihad tanpa kompromi untuk membebaskan seluruh bumi Palestin dari cengkaman dan pendudukan haram Zionis israel semenjak tahun 1948.

Sunday, December 12, 2010

[Hrkh Daily]  Pertemuan bersejarah tangani isu Palestin

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Aqsa Syarif menyifatkan pertemuan di kalangan anggota Yayasan Al-Quds Antarabangsa Cawangan Malaysia satu sejarah dalam menangani isu Palestin.



Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Hasanuddin Mohd Yunus (gambar) berkata, pertemuan itu sebagai menyatakan sokongan rakyat negara ini terhadap perjuangan umat Islam Palestin.

“Isu Palestin telah menyatukan rakyat Malaysia,” ujarnya pada siang media mengenai pembentukan Yayasan Al-Quds Antarabangsa Cawangan Malaysia di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, petang ini.

Turut bercakap pada sidang media itu ialah wakil Muassasah Al-Quds Antarabangsa, Munir Said dari Palestin, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Ikram Malaysia.

Monday, December 6, 2010

Perutusan Hijrah 1432 Pengerusi Aqsa Syarif


Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi AQSA SYARIF


Segala puji bagi Allah yang telah mengatur perjalanan setiap para Anbiya’Nya, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi S.A.W yang telah memimpin para sahabatnya sehingga terbentuknya Hakimiyyah Nubuwah selepas peristiwa Hijrah.

Doa untuk para sahabat, tabien dan seluruh pengikut tabien termasuk guru-guru dan murabbi ummah sepanjang zaman sehingga hari qiamat.

1432 tahun yang lalu, berlakunya hijrah nabi S.A.W dan Khalifah Omar al-Khattab mencatitnya sebagai tahun bermulanya kalendar ummat Islam.

Tidak hairan khalifah kedua Islam itu memang terkenal dengan al-Faruq; pembeza. Beliau sendiri sangat berbeza semasa jahiliyah dan semasa Islamnya.


Beliau, dengan sengaja mengambil peristiwa Hijrah sebagai permulaan kalendar untuk menonjolkan satu perbezaan besar telah berlaku, antara perjuangan Nabi S.A.W sebelum Hijrah dan selepas Hijrah.
Timbul tanda tanya, samada kita yang kurang menggunakan kaledar ini, atau paling tidak yang menyambut Maal Hijrah saban tahun ini, dapatkah menghayati dan merasakan konsep “erti beza” ini.

Al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan, merupakan al-Furqan; juga membawa maksud membeza.
Bila Al-Quran bercakap pasal membeza antara al-Haq dan al-Batil Hijrah pula mengingatkan kita peritiwa yang membawa perbezaan. Dakwah di Mekah tanpa kuasa dan dakwah di Madinah dengan kuasa (authority). Keduanya memerlukan kekuatan berfikir. Berfikir untuk membeza dan membanding.
Rupanya kita adalah ummat yang diajar untuk sentiasa berfikir, menilai, memerhati, membanding yang akhirnya membantu kita membuat keputusan dalam banyak hal.