الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سُبۡحَـٰنَ
ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ
إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ
مِنۡ ءَايَـٰتِنَآۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
Maha
suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil
Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Al-Isra’ 1
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Hari
ini khatib mengajak para jamaah untuk mengenang satu tragedi dari
sekian banyak tragedi yang menimpa tanah suci Baitul Maqdis. Tragedi
yang dimaksudkan adalah kemuncak kepada kehinaan yang ditimpakan ke atas
Masjid al-Aqsa sejak ianya ditawan oleh Israel pada 7 Jun 1967. Dua
tahun selepas Masjid al-Aqsa yang mulia ditawan, ia dibakar pada 21 Ogos
1969 oleh Yahudi Zionis. Masjid mengalami kerosakan yang besar dan
mimbar Salahuddin al-Ayubbi yang berusia 1000 tahun musnah sama sekali.
Kes kebakaran ini sering dikaitkan dengan seorang
pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennins dari Australia. Ini adalah
merupakan satu konspirasi jahat puak Zionis yang berselindung di
sebalik alasan bahawa kebakaran ini didalangi oleh seorang individu yang
disahkan tidak siuman yang segera dihantar pulang ke negara asalnya
selepas kejadian. Sesiapa yang menganggap kerja jahat ini sebagai
insiden yang terpencil dan melibatkan hanya seorang pelampau yahudi,
mereka sebenarnya telah terpedaya dengan taktik jahat Yahudi yang
berhasrat untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Sebenarnya semua tindakan
biadap Yahudi Zionis yang bermaharajalela di Palestin dan di Baitul
Maqdis adalah dirancang di peringkat tertinggi ataupun direstui jentera
Zionis. Ini terbukti dari rencana akhbar tentang rancangan untuk membina
kuil Yahudi di tapak Masjid al-Aqsa tiga hari sebelum berlakunya
kejadian itu. Mereka adalah golongan pengecut dan tidak bermaruah dan
mereka cuba menutup perancangan jahat mereka dengan kaedah yang licik
seperti ini.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Nabi-Nabi
Allah sepanjang zaman termasuk Rasulullah SAW telah menghadapi scenario
yang sama. Bahkan Nabi-Nabi Bani Israel seperti Nabi Musa as, Nabi
Zakaria as, Nabi Yahya as dan nabi Isa as. terpaksa berdepan dengan
perancangan licik kaumnya sendiri termasuklah cubaan untuk membunuh
mereka. Jika kaum Yahudi diberi arahan pastilah mereka merubah arahan
atau cuba mengingkarinya dengan cara-cara menipu. Walhal yang mereka
bohongi tidak lain dari mereka sendiri.
Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah
وَإِذۡ قُلۡنَا ٱدۡخُلُواْ هَـٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةَ فَڪُلُواْ مِنۡهَا حَيۡثُ شِئۡتُمۡ رَغَدً۬ا وَٱدۡخُلُواْ
ٱلۡبَابَ سُجَّدً۬ا وَقُولُواْ حِطَّةٌ۬ نَّغۡفِرۡ لَكُمۡ خَطَـٰيَـٰكُمۡۚ وَسَنَزِيدُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
فَبَدَّلَ
ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ قَوۡلاً غَيۡرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمۡ فَأَنزَلۡنَا
عَلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ رِجۡزً۬ا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا كَانُواْ
يَفۡسُقُونَ
“Dan
ingatlah ketika Kami berfirman, “Masuklah ke negeri ini (Baitul
Maqdis), maka makanlah dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada di sana
sesukamu. Dan masukilah pintu gerbangnya sambil membongkok, dan
katakanlkah, “Bebaskanlah kami (dari dosa-dosa kami), “nescaya Kami
ampuni kesalahan-kesalahanmu, Dan kami akan menambah (karunia) bagi
orang-orang yang berbuat kebaikan: Lalu orang-orang yang zalim mengganti
perintah dengan (perintah lain) yang tidak diperintahkan kepada mereka.
Maka Kami turunkan malapetaka dari langit kepada orang-orang yang zalim
itu, kerana mereka (selalu) berbuat fasiq.”
Al-Baqarah 58 – 59.
Firman Allah SWT lagi
وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦۤ إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تَذۡبَحُواْ بَقَرَةً۬ۖ قَالُوٓاْ أَتَتَّخِذُنَا
هُزُوً۬اۖ قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ
“Dan
ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Allah memerintahkan kamu
agar menyembelih seekor sapi betina, “Mereka bertanya, ‘apakah engkau
akan menjadikan kami sebagai ejekan?’ Dia (Musa) menjawab. “aku
berlindung kepada Allah agar tidak termasuk orang-orang yang bodoh.”
Al-Baqarah 67.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Tindakan
kelompok zionis untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa dan seterusnya
menguasai tapak masjid untuk didirikan tempat ibadah mereka sudah
dirancang sejak awal.
Pada
tahun 1929 golongan Yahudi berusaha untuk mengambil alih tembok Buraq
dan mewartakan ia sebagai tempat ibadat orang Yahudi (Kottel atau ‘The Wailing wall’)
Ini telah mencetuskan penentangan oleh komuniti Arab-Islam. Rusuhan ini
berlaku kerana Yahudi Zionis nyata menyinggung hak umat Islam ke atas
Masjid al-Aqsa dan lambang-lambang suci umat Islam. Meskipun hasrat
orang yahudi untuk mengambil alih Tembok Buraq tidak berjaya kerana
mereka belum berkuasa, namun hasrat untuk mengambil alih tembok Buraq
berjaya disempurnakan apabila tentera Zionis mengambil alih Masjid
Al-Aqsa dalam perang 6 hari di antara 5 – 10 Jun 1967. Rampasan Yahudi
ke atas tembok Buraq sebenarnya adalah pelanggaran yang jelas terhadap
undang-undang antarabangsa kerana Liga bangsa-bangsa (badan antarabangsa
yang diwujudkan selepas Perang Dunia Pertama) mengiktiraf status waqf
Tembok Buraq pada tahun 1931 sekaligus mengakui kawasan tersebut adalah
warisan islam yang tidak bolih dipertikai.
Sejak
Masjid al-Aqsa ditawan oleh Zionis Israel pada tahun 1967, bermulalah
perancangan yang tersusun untuk meruntuhkan masjid. Pelbagai provokasi
dirancang. Yang paling menyentuh umat Islam ialah peristiwa yang berlaku
pada 21 Ogos 1969 yang dinyatakan sebelum ini. Tragedi ini diingati
sebagai hari al-Quds. Peristiwa inilah yang telah menggerakkan umat
islam di peringkat antarabangsa untuk menubuhkan OIC (Organization of Islamic Conference)
yang bermula dengan inisiatif YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
(mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja
Hassan II, Maghribi. Sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22
hingga 25 September 1969 mendesak Israel keluar dari wilayah yang
diduduki pada tahun 1967, menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu
negara Palestin dan menjamin kesucian Masjid al-Aqsa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Usaha-usaha
untuk membela Masjid al-Aqsa seperti tidak bermaya meskipun OIC
ditubuhkan. Masjid terus diancam. Bahkan kerja-kerja penggalian terowong
di bawah masjid berjalan terus sejak sekian lama. Yahudi Zionis
menggunakan alasan kajian arkeologi untuk menghalalkan tindakan
tersebut. Masjid al-Aqsa terletak di dalam zon gempa dan dengan menggali
terowong di bawahnya pastilah akan melemahkan foundasi masjid. Tindakan
jahat ini dibongkar Syeikh Raed Salah, pemimpin rakyat Palestin di
wilayah yang terjajah pada tahun 1948. Beliau mendedahkan perbuatan biadap kepada umat Islam dan masyarakat antarabangsa.
Untuk
mengukuhkan cengkaman mereka ke atas Masjid al-Aqsa, regim Zionis
Israel mengistiharkan Baitul Maqdis yang ditawannya sebagai sebahagian
wilayah Israel pada 28 Jun 1967. Parlimen Israel (Knesset) meluluskan ‘The Jerusalem Law’ yang mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel yang tidak bolih dipisahkan (bersama Baitul Maqdis barat) dan
abadi pada tahun 1980. Meskipun PBB menolak pengistiharan ini melalui
Resolusi 478, namun Kongress Amerika Syarikat memperakui Baitul Maqdis
sebagai ibu negara Israel dan mengeluarkan pekeliling yang menghendaki
apabila rujukan dibuat terhadap Jerusalem, ia hendak disebut sebagai ‘Jerusalem the Capital of israel’
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Apa
yang khatib bentangkan adalah fakta-fakta yang menyelubungi Baitul
Maqdis dan Masjid al-Aqsa yang sedang merintih. Namun rintihan al-Aqsa
tidak mampu untuk membangkitkan umat Islam yang sedang tidur nyenyak
diulit mimpi.
Umat Islam seperti tidak menghargai Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa yang dimuliakan Allah dan Rasulnya.
Zaid
bin Thabit r.a. melaporkan dari Rasulullah SAW. “Betapa as-Syams
diberkati!” Para sahabat bertanya” “Bagaimana itu ya Rasulullah SAW?”
Rasulullah SAW menjawab, “Aku melihat para malaikat melebarkan sayap
mereka ke atas As-Syams”. Ibnu Abbas menambah. “Dan para Rasul menetap
di dalamnya. Tidak ada satu incipun dari Baitul Maqdis di mana tidak ada
Rasul yang solat di tempatnya atau malaikat berdiri padanya.”
Riwayat Tirmidzi dan Imam Ahmad.
Bahkan di Baitul Maqdislah tempat manusia dibangkitkan dan dikumpulkan pada hari akhirat. Ini dijelaskan dalam hadis berikut;
Maimunah
Bint Sa’d melaporkan dia bertanya kepada Rasulullah SAW. “Ya
Rasulullah, berilah kami satu pernyataan tentang al-Quds (Baitul
Maqdis).” Rasulullah SAW jawab, “ia adalah tempat di mana manusia
dibangkitkan (al-Hashr) dan dikumpulkan (al-Mahsyar)
Riwayat Imam Ahmad dan al-Tabarani
Kemuliaan
Baitul Maqdis ialah kerana di sana berdirinya Masjid al-Aqsa. Keutamaan
masjid ini bukan sahaja berkait sejarah para Nabi yang berada di sana
tetapi juga keberkatan yang berkekalan sehingga akhir zaman. Para
sahabat apabila hendak mengerjakan haji dan umrah pastilah mereka akan
ke Baitul Maqdis terlebih dahulu untuk berniat ihram dan mengenakan
pakaian ihram. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi SAW;
Ummu
Salamar r.a., Umm al-Mu’minin, menyampaikan dari Rasulullah SAW,
baginda bersabda, “Jika seseorang itu memakai ihram untuk Haji dan Umrah
dari Masjid al-Aqsa dan kemudian bergerak ke masjid al-Haram,
dosa-dosanya yang terdahulu dan kemudian akan diampuni atau dia dijamin
masuk syurga.” Penyampai hadis ini, Abdullah r.a. tidak pasti yang mana
satukah perkataan itu (ganjaran) yang disebut.
Sunan Abu Daud
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apa
yang berlaku pada hari ini adalah janji Allah yang tepat. Setiap
perkembangan yang berlaku di sekitar Baitul Maqdis adalah bukti
kemuliaan al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Perjuangan yang diterajui oleh
umat Islam khususnya bangsa Palestin pada hari ini telah disebut oleh
Rasulullah SAW 1,400 tahun yang lalu.
Nahik
Ibn Suraym al-Sakuni r.a. menyampaikan dari Rasulullah SAW, baginda
bersabda “kamu akan memerangi golongan kafir sehingga yang tinggal akan
berperang di Sungai Jordan, kamu berada di sebelah timur (Jordan pada
hari ini) dan mereka berada di sebelah baratnya (Tebing Barat – Palestin
yang dijajah Israel).”
Ibnu Hajar al-Asqalani.
Rasulullah
SAW bersabda berhubung dengan penduduk tanah suci al-Quds, “Mereka dan
isteri-isteri mereka, anak-anak dan hamba sahaya mereka berada dalam
ribat (kubu) di jalan Allah”
Al-Tabarani.
Masjid
al-Aqsa pasti akan dibebaskan. Sama ada umat Islam peduli atau tidak
tentang keadaan masjid al-Aqsa yang terkepung pada hari ini. Hakikatnya
mereka yang berjihad untuk melindungi dan mempertahankan tanah suci akan
dimuliakan oleh Allah dan mereka akan dijanjikan kemenangan. Sedang
mereka yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad yang merupakan
kewajipan setiap umat Islam ini pastilah akan rugi dengan kerugian yang
tak mungkin dapat ditaksir di dunia dan di akhirat. Semuga Allah membuka
hati kita dan memilih kita untuk berada di dalam saf umat Islam yang
berjihad untuk membebaskan masjid al-Aqsa.
Muawiyah
bin Abu Sufyan menyampaikan Rasulullah SAW bersabda, “Aka nada di
kalangan umatku yang akan terus berada di atas jalan kebenaran. Tiada
sesiapa yang menentang mereka dapat menyakiti mereka sehingga tiba hari
kiamat”, Para sahabat bertanya, “Di mana mereka ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW jawab, “Mereka berada di baitul Maqdis dan di sekitar
Baitul Maqdis.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
28 Jun 2011
No comments:
Post a Comment