Tuesday, January 4, 2011

[Utusan] Nikmat Membantu Gaza




MENYAKSIKAN kezaliman zionis ke atas Palestin amat menghibakan. Sayangnya, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Semuanya gara-gara perpecahan sesama Islam terutamanya di negara-negara Asia Barat.
Alhamdulillah, usaha berterusan disusuli munajat kepada Allah membolehkan rombongan perjalanan darat kumpulan ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif yang dikenali sebagai Aqsa2Gaza (A2G) bersama konvoi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berjaya memecahkan benteng sekatan Yahudi ke atas Gaza, pada 21 Oktober lalu.

Pastinya, kejayaan itu amat bermakna bukan sahaja kepada anggota konvoi tetapi juga kepada umat Islam di Gaza yang hidup mereka semakin terhimpit akibat pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas mereka.

Konvoi tersebut adalah usaha penting, khususnya jika dilihat dari perspektif peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan hak penduduk Palestin.

Perjuangan rakyat Palestin yang sudah lebih 62 tahun sering dilihat dan dinilai sebagai satu isu yang seolah-olah tiada penyelesaian.

Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif Menjelang 2011: “Terima Kasih Israel”

Assalamualaikum,

Bersama kita memuji Allah S.W.T dengan menyebut alhamdulillah. Bersama kita berselawat untuk Nabi S.A.W dengan menyebut sallahu ala Muhammad sallahu alaihi wassalam. Bersama kita mendoa untuk para sahabat baginda dan ahli keluarga baginda dan doa yang beterusan untuk pengikut-pengikut baginda hingga hari qiamat.

Berlalunya 2010 dan munculnya 2011, menandakan kita semakin hampir dengan hari dibangkitkan dan hari pembalasan. Sudahkah kita bermuhasabah apa yang kita kerjakan sepanjang tahun lepas? Dan sudahkah kita merancang apa yang akan dikerjakan sepanjang tahun hadapan pula? Tanpa rahmat Allah, amal kita yang sedikit ini tidak bermakna di hadapanNya.

Belum sampai setahun usia pendaftaran Aqsa Syarif. 4 Febuari 2011 baru genap setahun. Namun saya bagi pihak BoT Aqsa Syarif mengucapkan tahniah dan terima kasih JZKK kepada seluruh sekretariat negeri dan daaerah, seluruh sukarelawan, pendokong dan penyokong amal Palestin seluruh negara mahupun di luar.


Tahun 2010 menyaksikan anjakan besar Aqsa Syarif mengambil tempat sewajarnya dalam perjuangan Palestin. Walau dilaporkan beberapa kejayaannya, namun kami BoT Aqsa Syarif sentiasa merasa bersalah di hadapan Allah S.W.T kerana masih banyak kerja yang ditagih belum tercapai.

Tuesday, December 21, 2010

Temubual Utusan dengan Ahli Konvoi A2G

by Aqsa Syarif on Tuesday, December 21, 2010 at 3:31pm

Kuala Lumpur, 20 Disember 2010 – Aqsa Syarif telah dijemput ke pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur untuk sesi temubual bagi ahli-ahli konvoi Aqsa2Gaza (A2G).
Pengarang Agama Utusan, En. Mohd Radzi telah menemubual 3 ahli konvoi A2G yang berkesempatan untuk hadir. Mereka ialah Tuan Haji Norazmi Talib, Tuan Haji Mohd Taufek Abd Rahman dan En. Abdul Wahab Yahya.

Di samping itu, pihak Utusan juga sempat menghubungi Ketua Konvoi A2G, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar melalui telefon bagi melengkapkan sesi temubual.
Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad (ASB) , Prof. Madya Dr. Hafidzi Md. Noor dan Pengurus Besar (ASB), En. Muhamad Munawer Ismail.
Aqsa Syarif mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Utusan kerana memberi peluang berkongsi pengalaman dengan pihak media.

Sesi perbincangan antara rombongan Aqsa Syarif dan Utusan Malaysia.
Dari kiri: Tuan Haji Mohd Taufek Abd Rahman, Prof. Madya Dr. Hafidzi Md. Noor, En. Mohd Radzi, Tuan Haji Norazmi Talib, En. Muhamad Munawer Ismail dan En. Abdul Wahab Yahya.
 

Tuesday, December 14, 2010

PACE menyokong pendirian HAMAS berkaitan isu negara Palestin (sempena ulangtahun penubuhan HAMAS)

Assalamualaikum,

PACE mengucapkan tahniah kepada Harakat-ul-Muqawwamat al Islamiyah (HAMAS) atas ulangtahun kelahirannya pada 14 Disember. HAMAS muncul secara rasmi di persada tanah air Palestin pada tarikh tersebut pada tahun 1987 sempena tercetusnya Intifadhah pertama yang bermula pada 9 Disember tahun tersebut. Intifadah telah mengambalikan perjuangan Palestin di atas landasannya yang sahih iaitu jihad tanpa kompromi untuk membebaskan seluruh bumi Palestin dari cengkaman dan pendudukan haram Zionis israel semenjak tahun 1948.