KUALA LUMPUR – Hampir 50 peserta yang terdiri daripada keluarga dan pemuda sekitar Kuala Lumpur menyertai konvoi berkereta anjuran Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan pada Sabtu lepas.
Konvoi yang bertemakan “Konvoi Pembebasan Palestin dan Penerusan Perjuangan Rasullulah dan Para Sahabat” ini dilancarkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda.
Konvoi ini kemudiannya bergerak ke empat buah masjid lagi di sekitar Kuala Lumpur. Masjid-masjid tersebut adalah Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa dan Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, masing-masing pada waktu Zuhur dan Asar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah edaran flyers kepada masyarakat di sekitar masjid. Selepas itu, para peserta bergerak menuju ke Masjid Al-Mukhlisin, Taman Alam Damai untuk menunaikan solat Maghrib sebelum bergerak ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya untuk majlis penutup.
