Berlalunya 2010 dan munculnya 2011, menandakan kita semakin hampir dengan hari dibangkitkan dan hari pembalasan. Sudahkah kita bermuhasabah apa yang kita kerjakan sepanjang tahun lepas? Dan sudahkah kita merancang apa yang akan dikerjakan sepanjang tahun hadapan pula? Tanpa rahmat Allah, amal kita yang sedikit ini tidak bermakna di hadapanNya.
Belum sampai setahun usia pendaftaran Aqsa Syarif. 4 Febuari 2011 baru genap setahun. Namun saya bagi pihak BoT Aqsa Syarif mengucapkan tahniah dan terima kasih JZKK kepada seluruh sekretariat negeri dan daaerah, seluruh sukarelawan, pendokong dan penyokong amal Palestin seluruh negara mahupun di luar.
Tahun 2010 menyaksikan anjakan besar Aqsa Syarif mengambil tempat sewajarnya dalam perjuangan Palestin. Walau dilaporkan beberapa kejayaannya, namun kami BoT Aqsa Syarif sentiasa merasa bersalah di hadapan Allah S.W.T kerana masih banyak kerja yang ditagih belum tercapai.
